Kami rasa bersalah bila tidak menyampaikan info yang sangat2 dapat menolong yang memerlukan. Mungkin dengan info ni, kita dapat selamatkan diri sendiri, diri mak bapa adik beradik dan sahabat anda.. Ada Sebarang masalah kesihatan sila bertemu Dr kami

Thursday, 2 November 2017

FAEDAH BEKAM

Fadilat Berbekam

1. Menyahut seruan sunnah Rasulullah SAW
Mendapat pahala & kebaikan melakukannya. 

2. Mengeluarkan darah kotor, darah beku, darah berpenyakit
Darah kotor mesti dikeluarkan agar tidak menjadi makanan jin & syaitan.
Tidak memberi peluang kepada makhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka

3. Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit kencing manis (diabetis).

4. Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah 
Untuk menyembuhkan penyakit gout

5. Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah
Untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan & masalah jerawat

6. Mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk membuang kolestrol.

7. Meringankan otot-otot yang tegang
Untuk menyembuhkan sakit-sakit badan/ketegangan otot/lenguh-lenguh sendi

8. Merawat & menyembuhkan masalah stress
Melegakan (tekanan)/anxiety (kegelisahan) yang berpanjangan.

9. Mengeluarkan angin kotor (gas patogen panas & lembap) di dalam badan
Menyembuhkan masalah angin di dalam badan

10. Melancarkan peredaran darah di dalam sistem badan
Melancarkan tenaga dalaman badan agar seimbang

11. Sebagai awet muda
Apabila darah kotor di dalam badan berkurangan, darah segar (darah baru ) mengalir lancar dlm badan,  menghantar oksigen ke sel- sel badan dengan lebih efisien

12. Menyembuhkan sakit kepala / pening kepala / migrain
Merawat  masalah mata rabun. Menyegarkan badan, menyihatkan badan & mencergaskan minda

13. Merawat & menyembuhkan
penyakit hati, batu karang, batu hempedu, sakit kerongkong (pharyngitis), strok (angin ahmar), asma (lelah), sakit jantung (angina pectoralis/pectoris), vertigo (keadaan di mana terjadi rasa pening2 kepala yang amat sgt. Berasa mual2 & muntah, terhuyung-hayang ketika berjalan /berdiri), dll.